salam

Tuesday, October 21, 2014

Lagi Rezeki Anak Didik







Sudah lama menyepi tanpa berita. Maklum, sibuk sangat dengan tugasan di sekolah, mengajar murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dan melatih murid-murid yang akan mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan. UPSR dan berlalu, legalah sikit. Baru-baru ini saya menghantar murid dalam pertandingan Puisi Tradisional peringkat kebangsaan anjuran sekolah Kluster.  Semua sekolah yang menyertai pertandingan tersebut dari sekolah Kluster kecuali sekolah sendiri. Gerun juga nak bersaing dengan mereka .Namun kucekalkan hati dengan memberi latihan yang sepenuhnya kepada anak didik. Aku ingin membuktikan bahawa sekolah kampung yang kecil ini mampu bersaing dan mengalahkan  sekolah kluster yang hebat. Alhamdulillah, rezeki di pihak murid-muridku.Semua acara yang disertai mendapat kemenangan. Pantun mendapat tempat kedua dan johan pemantun terbaik, Seloka mendapat tempat ketiga manakala Syair mendapat tempat ketiga. Gembira tidak terkira, ternyata usaha melatih murid tidak sia-sia. Puas rasanya tatkala melihat anak murid dapat menggenggam piala yang diidam-idamkan. Tahniah murid-muridku. Buktikan dirimu memang hebat....