salam

Tuesday, October 21, 2014

Lagi Rezeki Anak Didik







Sudah lama menyepi tanpa berita. Maklum, sibuk sangat dengan tugasan di sekolah, mengajar murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dan melatih murid-murid yang akan mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan. UPSR dan berlalu, legalah sikit. Baru-baru ini saya menghantar murid dalam pertandingan Puisi Tradisional peringkat kebangsaan anjuran sekolah Kluster.  Semua sekolah yang menyertai pertandingan tersebut dari sekolah Kluster kecuali sekolah sendiri. Gerun juga nak bersaing dengan mereka .Namun kucekalkan hati dengan memberi latihan yang sepenuhnya kepada anak didik. Aku ingin membuktikan bahawa sekolah kampung yang kecil ini mampu bersaing dan mengalahkan  sekolah kluster yang hebat. Alhamdulillah, rezeki di pihak murid-muridku.Semua acara yang disertai mendapat kemenangan. Pantun mendapat tempat kedua dan johan pemantun terbaik, Seloka mendapat tempat ketiga manakala Syair mendapat tempat ketiga. Gembira tidak terkira, ternyata usaha melatih murid tidak sia-sia. Puas rasanya tatkala melihat anak murid dapat menggenggam piala yang diidam-idamkan. Tahniah murid-muridku. Buktikan dirimu memang hebat....

Saturday, December 4, 2010

Hikayat Sang Kancil dan Buaya

Sila lihat rakaman video ini.


Tuliskan lima nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut.
1)
2)
3)
4)
5)
Sila jawab soalan-soalan berikut :

Thursday, November 18, 2010

Latar Belakang SK Kampong Daching

LENCANA SEKOLAH

SEKOLAHKU SK KAMPONG DACHING

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kampung Daching terletak bersempadan di antara dua buah negeri, iaitu Negeri Sembilan dan Selangor. Dalam tahun lima puluhan keadaan kampung ini terbiar terutamanya dalam lapangan pelajaran, anak-anak yang hendak belajar terpaksa bersekolah ke Beranang Hilir atau ke Beranang Hulu. Jauh dari kedu-dua tempat itu kir-kira tiga batu. Maka ramai murid yang tidak bersekolah. Ketika itu ketua Kampung Daching ialah Allahyarham Tuan Hj. Hussin bin Ali, dan Kampung Sesapan Batu Minangkabau di Selangor ialah Encik Silin Bin Muhammad Noh dn di Kampung Sesapan Batu Rembau ketuanya Datuk Dagang Jisat bin A. Ghani.

Sekolah ini pembinaannya diperingkat awal dahulu di usahasamakan oleh penduduk ketiga-tiga buah kampung secara bergotong royong dan tukangnya di ketuai oleh Datuk Empat Rabit (Haji Rabit ). Pembinaan sekolah dimulakan pada bulan Mac 1951 dan siap di bina pada bulan Jun 1951 dn diadakan istiadat pembukaan rasminya pada 16hb. September 1951 dengan cara besar besaran. Bangunan sekolah berukuran 90 ka x 20 kaki, dan hanya boleh memuatkan murid dalam 3 aliran sahaja.

PENGASAS SEKOLAH


Mereka yang terlibat ialah:

1. Allahyarham Tuan Hj Hussin Bin Hj Ali.

2. Dt. Dagang Hj Silin Bin Muhammad Noh

3. Dt. Dagang Jisit

4. Encik Z. Bidin b. Md. Lati( Beks Wakil Rakyat Kawasan Lenggeng)

5. Tuan Hj Rabain Bin Kaman

6. Dt Penghulu Talib bin Jonoh

7. Tuan Hale (Beks Pengurus Ladang Lenggeng
)

PROFIL SEKOLAH

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampong Daching

Lokasi Sekolah : Lenggeng (Luar Bandar bersempadan dengan

Negeri Selangor)

Bilangan Guru : 18 orang

Bilangan Pelajar : 214 orang (semuanya berbangsa Melayu)

Bilangan kakitangan : 4 orang

Sosio Budaya Persekitaran: Terdiri daripada masyarakat Melayu dan sedikit berketurunan Indonesia

Sosio Bangunan : Bangunan 3 tingkat, bangunan 4 tingkat, makmal komputer dan pusat sumber sekolah

VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kampong Daching Cemerlang Dan Terunggul.

MISI SEKOLAH

Memastikan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik,kokurikulum ,sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang selamat dan ceria.

MOTO SEKOLAH

Ilmu Tangga Kejayaan

KENALI GURU-GURU BAHASA MELAYU


FAIZAH BINTI ALI
GURU BM TAHUN 1


ARIFFIN BIN ISMAIL
GURU BM TAHUN 2


SHAHARUDDIN BIN BUYONG
GURU BM TAHUN 3


ZAIMAH BINTI MOHAMAD
GURU BM TAHUN 4

SITI MARIYAM BINTI HJ OTHMAN
GURU BM TAHUN 5


AMRAN BIN BAKAR
GURU BM TAHUN 6

KATA-KATA ALUAN DARIPADA CIKGU SITI MARIYAM
Assalamualaikum murid-muridku serta warga SKKD. Salam keriangan dan teruskan usaha kalian untuk memajukan diri dan sekolah dalam mengejar cita-cita yang dihajati. Ingatlah usaha itu tangga kejayaan dan kejayaan atau kesenangan akan tercapai dengan adanya pendidikan atau ilmu yang tinggi. Sesiapa yang berusaha, mereka akan maju ke depan ,sebaliknya sesiapa yang leka akan tertinggal di belakang.Ingatlah ungkapan berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakitlah dahulu, bersenang-senang kemudian. Sekian, wassalam.

KATA-KATA ALUAN DARIPADA GURU PANITIA BM
Assalamualaikum, salam bahagia. Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa. Kepada semua guru dan murid sekalian, sayangilah dan cintailah bahasa peninggalan nenek moyang kita. Gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya dalam pertuturan dan penulisan. Ungkapan ada mengatakan, malu bertanya sesat jalan. Oleh itu, berusahalah kita dalam memperkasakan bahasa kita agar tak lapok dek hujan dan tak lekang dek panas. Jika kita merasakan diri kita ini masih lemah dalam segala macam hal, segeralah bangun dan perbaikilah kelemahan diri kita itu kerana yang pipih takkan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang menggolek. Renung-renungkanlah.


KATA-KATA ALUAN DARIPADA GURU BESAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah sampai masanya kita bangsa Melayu bangun dan tersedar daripada terlena . Dunia sekarang semakin maju. Jika kita alpa, kita akan ketinggalan. Di mana-mana kita berada, penggunaan ICT semakin berleluasa. Zaman sudah berubah, dunia semakin maju. Hendak tidak hendak, kita kena seiring dan belajar menggunakannya. Dalam dunia pembelajaran juga tidak kurang hebatnya. Murid-murid bijak ICT, pengajaran guru juga perlu seiring . Oleh itu, wahai guru-guruku, bertindaklah segera, wahai murid-muridku, kejarlah masa dan perkembangkan ilmu. Semoga semuanya beroleh kejayaan yang diharap-harapkan. Sekian, terima kasih.

Friday, September 17, 2010

IKLAN RAYA JANDA 7 ANAK DAN LEMBU RAYA

Sila hayati iklan raya berikut.

Sila tuliskan sebuah karangan bertajuk persiapan Hari Raya.
Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

31 Ogos oleh Sudirman Hj Arshad

Sila lihat rakaman lagu merdeka ini.

Berdasarkan lagu tersebut, sila tuliskan karangan yang bertajuk sambutan Hari Merdeka.

Saturday, September 4, 2010



Dikesempatan ini, ingin saya ucapkan "سلامة هاري راي عيدالفتري"

Bagaimana Ramadan kita?